PEJABAT MENTERI TUGAS-TUGAS KHAS

Perutusan

MENTERI TUGAS-TUGAS KHAS

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,



Alhamdullilah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas segala limpah dan rahmatnya. Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat datang dan selamat melayari portal rasmi Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas ini disediakan khusus untuk orang awam mendapatkan informasi terkini dan mutkhir mengenai program dan aktiviti PMTTK. Sekalung penghargaan saya ucapkan kepad para petugas yang berusaha untuk menyediakan portal rasmi ini.

Sebanyak empat (4) agensi telah diletakkan di bawah Pejabat ini, iaitu Jabatal Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Majlis Ugama Islam Negeri Sabah (MUIS), Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah dan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah. Peranan dan tanggungjawab Pejabat ini adalah untuk memperkasakan sistem pentadbiran dan perundangan agama Islam, pendidikan dan pembangunan ekonomi di Sabah melalui sistem penyampaian perkhidmatan yang efisien dan efektif.

Inisatif ini melambangkan hasrat dan usaha Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas secara kolektif dalam memastikan aspek tadbir urus yang baik dan berintigriti dalam memastikan penyampaian perkhidmatan awam sampai kepada sasarannya. Pengukuhan tadbir urus melalui ketulusan dan akauntabiliti merupakan teras kecermelangan sesebuah organisasi. Budaya kerja berintegiriti haruslah diamalkan untuk menjadi penjawat awam yang cemerlang.

Akhir kata, semoga seluruh warga PMTTK terus istiqamah dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai penjawat awam yang unggul dan beteraskan integriti untuk menjadikan PMTTK sebuah agensi yang terbaik dalam perkhidmatan awam.

Sekian, Terima kasih.

YB.DATUK HJ. MOHD. ARIFIN BIN HJ. MOHD. ARIF, JP


"SABAH MAJU JAYA"